Seramai 67 orang murid bersama lima orang guru pengiring terlibat dalam lawatan ini yang bertujuan memberi pendedahan pembelajaran luar bilik darjah berkaitan sejarah, warisan negara serta pembentukan sahsiah dan disiplin diri. Program ini turut membantu murid meningkatkan keyakinan diri, menghargai masa serta memahami nilai tanggungjawab sebagai generasi pewaris bangsa.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Al-Maahad Al-Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) atas sokongan dan kelulusan yang diberikan bagi menjayakan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada para guru pengiring iaitu Ustazah Ummu Hanisah binti Omar, Ustazah Noor Syuhada Roos binti Mahamud @ Choh, dan Ustazah Nor Hafizah binti Md Yusup atas komitmen serta bimbingan sepanjang lawatan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa dan penjaga atas kepercayaan serta kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah.
Program ini diharapkan dapat memberi pengalaman bermakna kepada murid serta menyumbang ke arah pembentukan insan berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia.
#DQMITT #DarulQuranMITT #LawatanPendidikan2025 #PembelajaranLuarBilikDarjah #MITT